Assalamualaikum.....

"Ya Allah, bagi-Mu segala puji. Engkaulah cahaya yang menerangi langit dan bumi serta seisinya, Engkau yang hak,janji-Mu adalah haq (benar), menghadap kepada-Mu itu juga haq (pasti), syurga itu haq (benar), neraka itu haq,hari kiamat itu haq,nabi itu-nabi itu adalah haq dan nabi Muhammad itu haq. Ya Allah, kepada-Mu sajalah aku berserah diri, kepada-Mu sajalah aku bertawakal, hanya pepada-Mu aku bertawakal, hanya kepada-Mu aku beriman, kepada-Mu sajalah aku bertahkim, Maka ampunilah dosaku yang silam dan yang terkemudian, yang tersembunyi dan yang terang nyata. Engkau yang awal dan Engkau yang terakhir. Tiada Tuhan selain Engkau. dan tiada daya upaya dan kekuatan melainkan dengan pertolongan Allah."

Sabtu, 21 Januari 2012

Cinta

Hormatilah cinta kerana itu adalah anugerah yang paling indah yang telah dikurniakan oleh Allah kepada hambaNya. Muliakan cinta yang kita miliki biar menjadi sebuah hamparan indah untuk menjadi sokongan di kala melalui jalan-jalan kehidupan. jangan jadikan diri kita hamba kepada sebuah cinta.

Jadikanlah cinta itu sahabat kepada seorang manusia yang bergelar si pencinta. Sentiasalah berdoa agar cinta yang kita miliki ini mempuyai harga yang paling tinggi nilainya di sisi Allah.

Biarkan ia bergemerlapan di waktu kegelapan. Tapi awas,walau sehebat manapun cinta manusia, percayalah bahawa cinta yang lebih agung dari cinta-cinta lain adalah apabila kita kecewa kerana cinta, kita luahkan kekecewaan kita kepada si pendengar yang setia iaitu Allah.

Dialah adalah tuan empunya segala cinta. Dia juga takan abaikan semua hamba-hambaNya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan