Assalamualaikum.....

"Ya Allah, bagi-Mu segala puji. Engkaulah cahaya yang menerangi langit dan bumi serta seisinya, Engkau yang hak,janji-Mu adalah haq (benar), menghadap kepada-Mu itu juga haq (pasti), syurga itu haq (benar), neraka itu haq,hari kiamat itu haq,nabi itu-nabi itu adalah haq dan nabi Muhammad itu haq. Ya Allah, kepada-Mu sajalah aku berserah diri, kepada-Mu sajalah aku bertawakal, hanya pepada-Mu aku bertawakal, hanya kepada-Mu aku beriman, kepada-Mu sajalah aku bertahkim, Maka ampunilah dosaku yang silam dan yang terkemudian, yang tersembunyi dan yang terang nyata. Engkau yang awal dan Engkau yang terakhir. Tiada Tuhan selain Engkau. dan tiada daya upaya dan kekuatan melainkan dengan pertolongan Allah."

Rabu, 3 Oktober 2012

Ya Allah. dimana lagikah dapat ku temui cinta sejati.. kecuali pada cintaMu.. ke mana lagikah hati ini harus berlabuh.. kecuali pada kasihMu.. Jadikanlah hati yg lemah ini yaAllah.. tertambat kukuh hanya padaMU.. Aku mohon redha atas segenap keputusanMu kesejukan setelah matiku.. kenikmatan memandang wajahMu.. dan kerinduan untuk berjumpa denganMu.. Ampunilah diri ini yang tidak beharga Ya Allah .. Penuhilah kehinaannya dengan keindahan maghfirahMu..amiin.

Rabu, 2 Mei 2012

Cukuplah kita brshbt krana Allah
Cukuplah kita mnjalinkan ukhuwah atas kesucian agamaNya
Cukuplah kita saling berpesan2 dan saling ingat mmperingati akan kewujudan...suruhan serta laranganNya...Smoga kita tak akan terpedaya dan leka dngan janji serta permainan dunia

Khamis, 26 April 2012

Hanya Untukmu....
Semoga Jalinan Ukhuwah yang terbina sentiasa terpelihara dan terhindar dari segala kemaksiatan, dan akan berkekalan....InsyaAllah..amiin

Rabu, 25 April 2012

“Ya ALLAH!
Sejukkanlah gejolak hati ini dengan salji keyakinan
dan padamkanlah bara dijiwa ini dengan air keimanan

“Oh Tuhan!
Halakanlah kebingungan pandangan hatiku kepada Nur cahayaMU
Dan tindakan-tindakan yang keliru kepada jalanMU yang lurus
Dan palingkanlah orang-orang yang menyimpang dari jalanMU kepada hidayahMU

“Ya ALLAH!
Lenyapkanlah was-was dengan fajar cahaya keyakinan
Dan hapuskanlah jiwa yang rosak dengan falak kebenaran
Dan tolaklah tipu daya syaitan dengan tentera bantuanMU dalam keadaan terhina

“Ya ALLAH!
Lenyapkanlah dukacita kami, hilangkanlah kesedihan kami
Dan halaukanlah keresahan dari hati kami

“Kami berlindung kepadaMU dari rasa takut
Kami hanya bersandar dan berserah kepadaMU
Kami tidak meminta kecuali kepadaMU
Kami tidak meminta tolong kecuali kepadaMU
Engkaulah Pemelihara kami
Sebaik-baik pelindung dan penolong……
Ya ALLAH.. jangan kerana dosaku yang lalu, Engkau hijab diri ini dari jagaanMu walau sesaat..Jangan Engkau lepaskan aku pada hambaMu yang akan menjauhkan aku dari syurgaMu...Ya ALLAH, Tuhan pemilik hati-hati ini...Peliharalah diriku, juga bakal imamku...
Aminn Ya Rabbal 'Alamin....

Sabtu, 21 Januari 2012

Al-Quran

Liya Zafirah Hani Abdullah

Al-Quran itu untuk dakwah. Mari kita alihkan pandangan kepada nilai dakwah kepada Al-Quran. Jika kita meneliti Al-Quran, kita akan dapati dalamnya sangat banyak rahsia-rahsia ilmu, dan hikmah-hikmah Allah yang terkandung, yang sehingga kini kita belum mampu singkapi kesemuanya.
Kisah-kisah generasi sebelum ini, sunnah kehidupan, kejadian alam yang belum tersingkap, kejadian hari Kiamat, kisah-kisah di syurga dan neraka dan banyak lagi isi kandungan yang sangat mengghairahkan ahli akademik untuk mengkaji satu persatu mengenai kandungan kitab suci itu.
Namun dalam sibuk pencarian kita secara ilmiah terhadap isi kandungan Al-Quran, dalam sibuk kita menghafaz Al-Quran dengan berbagai-bagai cara bacaan, kebanyakan manusia terlupa suatu perkara penting yang selalu diulang-ulang dalam Al-Quran ;
“Ia tidak lain hanyalah sebagai peringatan kepada seluruh alam” – Surah Saad

“Ia bukanlah melainkan peringatan kepada seluruh alam” – Surah At-Takwir

“Ia tidak lain hanyalah peringatan kepada manusia” – Surah Al-Muddatsir

“Dan sesungguhnya ia adalah yang diturunkan oleh Tuhan sekalian alam, yang diturunkan melalui Roh yang jujur (Jibril), ke atas hatimu agar engkau menjadi di kalangan orang-orang yang memberikan peringatan, (ia diturunkan) dengan lisan Arab yang nyata” – Surah Asy-Syu’araa

“Sesungguhnya ini hanyalah peringatan, dan sesiapa yang kehendaki, dia akan mencari jalan bertemu Tuhannya” – Surah Al-Muzzammil & Surah Al-Insan
Hakikat tujuan Al-Quran ini kurang difahami dan dihayati oleh manusia kini. Tidakkah kita perhatikan bahawa Al-Quran itu hanya turun selepas Muhammad S.A.W itu dilantik menjadi Rasul ? Tidakkah kita perhatikan ayat ini ;
“Dan setiap yang Kami kisahkan padamu (wahai Muhammad) daripada kisah-kisah rasul sebelum ini adalah untuk menetapkan jiwamu, dan dari pada kisah-kisah itulah akan datangnya kepadamu kebenaran, dan nasihat serta peringatan untuk orang mukminin” – Surah Hud
Benarlah Al-Quran, kehebatannya akan sentiasa melahirkan rijal-rijal dakwah yang memikul risalah. Kehebatannya itu adalah pada tujuan diturunkannya, iaitu dakwah. Tanpa kewujudan kepentingan dakwah ini, sudah pasti Al-Quran tidak akan diturunkan kepada manusia, dan sudah pasti para rasul tidak diutuskan dan mengajarkan kepada manusia segala hakikat kehidupan dan syariat.

Keizinan Allah

Cinta itu letaknya di hati dan hati itu milik Allah. Tidak mungkin kita dapat menyentuh hati seseorang tanpa izin Allah dan jika Allah tidak mengkehendaki. Tidak patut kita serahkan hati kita yang dimiliki Allah itu kepada orang lain untuk dikuasai atau diperintah. Bahkan memang sepatutnya kita serahkan jiwa dan raga kita seluruhnya kepada Allah. Adapun rasa cinta yang lahir sesama manusia itu hanya jalan menuju cinta Allah. Janganlah sekali-kali kita menukarkan tujuan cinta di hati yang sepatutnya untuk Allah kepada manusia hanya kerana kita dapat melihat kecantikan manusia dan kita tidak dapat melihat Allah, kita cuma merasa dan melihat kecantikan segala ciptaan-Nya. Kita lupa dan selalu tidak sedar hakikat segala kecantikan itu adalah milik Allah. Jadikanlah cinta kepada manusia itu sebagai jalan menuju Tuhan, bukan matlamat dan pengakhiran destinasi cinta.Maka engkau akan lebih tenang menerima segala penolakan.